Artikel

Mulai 8 Mei – Warga Selangor Perolehi Saringan Komuniti COVID-19 Secara Percuma

Seperti yang sedia maklum, Menteri Besar Selangor Datuk Amiruddin Shari telah menyatakan kerajaan negeri akan mewujudkan Program Saringan Komuniti COVID-19 kepada seluruh warga Selangor secara percuma.

Pada ciapan Twitter rasmi aplikasi Selangkah hari ini (7 Mei) program saringan tersebut akan dijalankan bermula esok, 8 Mei dimulakan pada daerah Hulu Langat.

Untuk makluman, program ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan mengutamakan lokaliti yang berpotensi mencetuskan penularan COVID-19 berdasarkan tinjauan data semasa kesihatan.

Bagi warga Selangor yang menetap di Semenyih, Kajang, Sungai Ramal, Balakong, Teratai, Dusun Tua, Lembah Jaya dan Pandan Indah – anda boleh mengaturkan temujanji saringan pada aplikasi Selangkah Selangor.