Artikel

Isu Peralihan Lapangan Terbang Subang, Ia Perlu Melalui Proses Pertimbangan – MOT

Berikutan isu terdapat entiti swasta mengusulkan untuk mengambilalih operasi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang sebelum ini – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menyatakan perihal itu perlu melalui proses pertimbangan yang teratur.

Pihak kementerian menjelaskan adalah menjadi kebiasaan bagi pasaran untuk kemukakan kertas cadangan kepada pihak pentadbiran bagi mengembangkan aset baharu atau sedia ada.

Namun berkenaan peralihan lapangan terbang tersebut, penelitian perlu dilaksanakan seiring dengan pertimbangan bersama. Ini kerana ia adalah sistem kemudahan penting buat warga Lembah Klang.

Tindakan peralihan perlu mengambil kira perancangan masa hadapan landskap penerbangan negara.

Setakat ini, sebarang cadangan membabitkan pembangunan semula Lapangan Terbang Subang masih diperingkat awal serta sebarang keputusan akhir hanya akan diputuskan oleh Kabinet.