Artikel

Sekitar 88% Rakyat Malaysia Setuju Terima Suntikan Vaksin COVID-19 – KKM

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas 15,000 responden – sekitar 88% rakyat negara menyatakan penerimaan mereka berhubung vaksin COVID-19.

Hanya 10% responden tidak bersetuju dan 2% mengatakan ketidakpastian mereka.

Menurut laporan RTM, Dr Adham Baba mengatakan antara faktor kebimbangan yang dinyatakan adalah berhubung keselamatan serta kesan yang akan dialami setelah suntikan vaksin dijalankan.

Sementara itu, makluman lain – orang awam akan memperolehi bekalan 3 suntikan vaksin merangkumi 3.52 vaksin Pfizer BioNTech, Sinovac serta AstraZeneca pada Mei ini.

Ia akan menyaksikan perolehan ke atas 1.25 juta orang awam negara.