Artikel

Bermula Hari Ini – Pelajar IPT Dibenarkan Pulang, Merentas Daerah Dan Negeri Sempena Aidilfitri

Mulai hari ini (7 Mei) sehingga 12 Mei – para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing bersempena sambutan Aidilfitri (kecuali Sarawak).

Pergerakan rentas daerah serta negeri ini tidak memerlukan sebarang surat kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), pelajar sekadar perlu menunjukkan surat kebenaran dari pihak pengajian sahaja.

Tindakan itu telah di maklumkan oleh pihak berkuasa pada minggu ini.

Untuk makluman pergerakan ini dilakukan secara berfasa iaitu 7 Mei – 12 Mei 2021. Manakala pergerakan pulang dari kediaman ke kampus pula bermula 15 Mei – 20 Mei 2021.

Pada masa yang sama, ia truut ditekankan yang mana pergerakan pulang ini hanya dibenarkan menggunakan tiga kaedah sahaja, iaitu menggunakan kenderaan sendiridijemput ibu bapa atau penjaga, atau menggunakan bas yang diselaraskan IPT.

Sementara itu, pengangkutan awam hanya dibenarkan melalui pengangkutan penerbangan sahaja.

Menerusi pengaturan perjalanan ini – diharap 103,994 pelajar yang berada di kampus dari 1.3 juta jumlah keseluruhan dapat mematuhi garis panduan pergerakan yang telah ditetapkan pihak autoriti. Kekal memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal, sentiasa membersih tangan dan hindari tempat sesak.