Artikel

Warga KL Masih Boleh Nikmati Juadah Bazar Ramadan – Kekal Dibuka Sepanjang PKP

Operasi bazar ramadan serta aidilfitri di Kuala Lumpur masih dibenarkan sehingga 20 Mei kelak.

Kenyataan itu dimaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Tindakan kelonggaran itu memberi ruang kepada para peniaga untuk menjual juadah serta barangan perniagaan mereka.

Had masa operasi juga tidak akan terjejas – di mana Bazar Ramadan akan beroperasi pada jam 3 petang sehingga 8 malam. Sementara, Bazar Aidilfitri pula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Bagaimanapun, aktiviti makan di restoran tidak dibenarkan seperti yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sekadar pembungkusan sahaja dibenarkan.