Artikel

Aladdin1 Beri Tumpuan Perdagangan Sosial – Sasar Bantu PKS Pada Pasaran Serantau

Aladdin Group kini tampil dengan Aladdin1 Malaysia iaitu sebuah platform sosial dagangan. Pihaknya kini merancang untuk memperluaskan penyertaan empayar pada 45 buah negara, khususnya membuka ruang kepada perusahaan kecil dan sederhana memasarkan produk mereka pada peringkat serantau.

Rangkaian Aladdin1 turut menyatakan perancagan tersebut merangkumi fesyen, kesihatan dan kecantikan, makanan dan minuman halal, gaya hidup, serta sektor pelancongan.

Pengasas bersama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengatakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, sekitar 36% pengguna baru telah tertumpu pada pasaran e-dagang.

Untuk makluman, keutamaan Aladdin1 pada pasaran Malaysia dan Indonesia ketika ini adalah penerapan standard halal. Ini kerana pasaran terbabit memiliki salah satu segmen pengguna terbesar di dunia dengan nilai penggunaan global dianggarkan AS$3 trilion (RM12.35 trilion) setiap tahun.

Bagi mencapai pengukuhan itu, sokongan pengguna bersama pemain industri pada platform ini amat digalakkan.

Turut hadir pada pelancaran tersebut adalah wakil Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, yang mengatakan industri halal tidak hanya tertumpu kepada pembangunan makanan namun merangkumi penghasilan pelbagai produk serta gaya hidup.