Artikel

Pengeluaran i-SINAR KWSP – Sekitar RM40.4 Bilion Telah Dikreditkan

Pada sidang maya LAKSANA hari ini (6 Mei) bagi program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – sekitar RM40.4 bilion telah dikreditkan kepada pencarum yang terlibat.

Data setakat 16 April itu telah dikongsikan oleh Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara (MOF).

Untuk makluman, pengeluaran secara kumulatifnya memperlihatkan sejumlah RM55.9 bilion. Kelulusan itu nyata memberi manfaat kepada 6.29 juta pencarum yang melakukan permohonan.

Menerusi agihan dana itu, ia dapat membantu para pencarum mendepani krisis ekonomi yang berlaku ketika ini.

Sementara itu, bagi skim pengeluaran i-Lestari pula sekitar RM19.60 bilion pengeluaran kumulatif dicatatkan. Pengeluaran akaun kedua ini dilihat turut membantu pencarum memperolehi wang secara ansuran bulanan.