Meskipun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuat kuasakan pada beberapa daerah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia tidak memberi kesan kepada operasi perkhidmatan pengangkutan awam LRT di Lembah Klang.
Setakat ini, operasi perkhidmatan LRT masih lagi seperti biasa pada jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam. Penetapan ini kekal sehingga 17 Mei kelak.
Menurut Azmi Mohd Zain, Ketua Pegawai Operasi laluan transit itu mengatakan tindakan ini memudahakan perjalanan orang awam khususnya bagi tugasan pekerjaan. Sejak pelaksanaan sekatan tahun lalu, pihaknya melihat kadar penglibatan orang awam pada perkhidmatan tersebut telah menurun dan mencapai 45%. Ini termasuklah ketika waktu puncak.
Akan tetapi, sebarang perubahan kekerapan operasi perkhidmatan akan dimaklumkan berdasarkan arahan semasa pihak berkuasa.