Susulan penularan kes COVID-19 semakin meruncing dengan kehadiran varian baharu, hasil tindak balas itu – Singapura kini tetapkan tempoh kuarantin selama 21 hari ke atas warga pelancong yang telah tiba dari negara berisiko tinggi. Ini meliputi pemberian Notis Tinggal di Rumah (SHN) serta penempatan di fasiliti terpilih.
Berdasarkan laporan SCMP, penguatkuasaan ini akan dilakukan mulai 8 Mei sehingga akhir Mei kelak. Menurut Lawrence Wong – Pengerusi bersama Kementerian dalam COVID-19 Singapura, lanjutan tempoh kuarantin ini seiring dengan pelaksanaan sekatan yang lebih tinggi pada negara.
Tindakan itu merangkumi semua warga pelancong negara kecuali dari negara Australia, Brunei, China, New Zealand, Taiwan, Hong Kong dan Macau.
Pengumuman ini nyata memberi gambaran bahawa tindakan perjalanan Singapura dan Hong Kong dijangka pada 26 Mei dan perancangan selaku tuan rumah Dialog Shangri-La pada Jun kelak perlu alami perubahan serta tangguhan.