Di bawah Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 – Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines kini menyasarkan pulangan modal serta pemerkasaan aliran tunai menjelang 2023.
Untuk makluman pelan ini adalah taruhan gagasan 5 tahun MAG untuk membantu pertumbuhan operasi mereka bermula 2021 sehingga 2025 kelak.
Antara keterangkuman yang akan dilaksanakan pada pelan tersebut adalah
- Meniti ke arah prestasi kewangan baik
- Jana keuntungan
- Menyeimbangkan semula aliran tunai operasi
Pelaksanaan ini tidak hanya meliputi perkhidmatan perjalanan udara sahaja tetapi turut merangkumi perkhidmatan lain. Di mana, MAG turut menjangkakan kadar pertumbuhan pengenaan caj (CAGR) akan meningkat kepada RM4 bilion (6.8%) pada tahun 2025.
Bagaimanapun, sasaran ini dijangka akan berlaku bermula separuh kedua 2022, namun ia masih tertakluk kepada situasi semasa kesihatan negara. Sekiranya negara menuju ke arah penurunan kes maka kadar pemulihan dapat diperlihat dengan lebih awal.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kapten Izham Ismail menyatakan operasi juga akan mempelbagaikan portfolio dan menawarkan penyelesaian digital yang lebih baik untuk keperluan para pengguna.
Tindakan ini dapat membantu operasi MAG menangani sebarang krisis ekonomi di masa hadapan.