Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 Malaysia hari ini (6 Mei) memaklumkan pihaknya telah bekerjasama dengan Grab Malaysia bagi isu pengangkutan perjalanan menerima suntikan vaksin.
Menerusi ciapan rasmi Twitter, aplikasi Grab kini menyertakan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Orang awam yang terlibat pada penerimaan suntikan vaksin boleh menempah perjalanan anda bersama Grab, untuk mengelakkan sebarang kerumitan.
Dengan kerjasama bersama Grab Malaysia, kini lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) boleh didapati dalam aplikasi Grab. Tempah kenderaan anda dengan Grab dan elakkan sebarang kerumitan.
Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOB4OE#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Wsnseqkp7R
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) May 6, 2021
Untuk sebarang panduan, orang awam boleh layari pautan vaksincovid.gov.my ini.