Artikel

F&N Papar Prestasi Kukuh Pada Suku Kedua – Keuntungan Bersih Catat Kenaikan, RM103.5 Juta

Suku kedua berakhir pada 31 Mac lalu menyaksikan Fraser & Neave Holdings Bhd catat keuntungan bersih sekitar RM103.5 juta.

Angka ini memperlihatkan peningkatan, berbanding tempoh yang sama tahun lalu pada nilai RM102.2 juta.

Berdasarkan laporan pertumbuhan ini disokong dalam segmen permintaan eksport pada pasaran Timur Tengah dan Afrika di bawah Syarikat Sri Nona.

Pertumbuhan hasil F&B telah meningkat sebanyak 13% kepada RM564.2 juta.

Tidak hanya itu, permintaan Thailand juga turut memaparkan peningkatan. Walaupun negara berdepan dengan sekatan kawalan namun permintaan penggunaan produk F&N diperlihatkan melonjak ketika Mac lalu.