Artikel

Luno Kini Membolehkan Pengguna Malaysia Membeli Kriptowang Bitcoin Cash (BCH)

Luno, salah satu dompet digital dan penyedia perkhidmatan jual-beli tempatan memfokuskan kriptowang, telah pun menambah kriptowang ke-5 pada platform mereka, iaitu Bitcoin Cash.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna tempatan secara rasminya mendapatkan kriptowang Bitcoin Cash.

Bitcoin Cash telah diperkenalkan pada tahun 2017, sebagai pecahan kepada Bitcoin. Ia menawarkan kapasiti yang lebih besar daripada Bitcoin, sekaligus membolehkan kos transaksi menjadi lebih rendah berbanding Bitcoin sendiri.

Pada hari ini, Bitcoin Cash merupakan antara kriptowang yang popular di dunia, menduduki tangga 15 teratas dari kekerapan ia didagangkan.

Ketika artikel ini ditulis, Bitcoin Cash didagangkan pada nilai sekitar RM5.4k untuk 1 BCH.