Artikel

PKP Di Kuala Lumpur Bermula 7 Mei Sehingga 20 Mei

Kerajaan kini telah mengumumkan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di Kuala Lumpur bermula 7 Mei sehingga 20 Mei 2021 ini.

Jikalau mengikut pelaksanaan PKP di Selangor, aktiviti ekonomi akan beroperasi seperti biasa, tetapi dengan sejumlah kekangan. Antaranya termasuk waktu operasi yang dihadkan untuk pelbagai sektor. Sebagai contoh, restoran akan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

Pelaksanaan PKP dilakukan selari dengan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKP di Selangor bermula 6 Mei 2021.