Artikel

Restoran, Kedai Runcit, Stesen Minyak Di Selangor – Dibuka Sehingga Jam 12 Tengah Malam

Perincian lain yang turut dikongsikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Amiruddin Shari adalah had masa operasi bagi restoran, kedai runcit serta stesen minyak di Selangor – kini dibuka sehingga jam 12 tengah malam.

Lanjutan masa ini diberikan oleh kerajaan negeri berikutan keperluan bahan asas orang awam. Bagaimanapun, makan di restoran tidak dibenarkan, sekadar pembungkusan sahaja.

Ini kerana, kawasan sedemikian diperlihatkan menjadi antara tempat lepak dan mampu mengundang kepada penularan pandemik COVID-19.

Tegas Datuk Amiruddin, tindakan ini untuk memulihkan semula tahap kesihatan warga Selangor yang dilihat semakin terdedah ke arah gelombang ke empat pandemik.

Beliau turut menyatakan kelak – kerajaan negeri akan mengadakan ujian saringan bersasar di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri untuk mengesan lebih ramai individu yang positif COVID-19.

Buat masa ini, tindakan itu akan difokuskan kepada kawasan utama penularan kes. Langkah ini berasaskan ketepatan data yang telah dikumpul ketika pandemik.

Untuk makluman berdasarkan pemerhatian data minggu akhir Selangor – hanya 10% hingga 15% sahaja punca penularan dalam kalangan tempat kerja. Selebihnya adalah berdasarkan penularan pada kawasan komuniti.

Kenyataan ini yang ingin diatasi oleh negeri Selangor.