Artikel

Sistem Nombor Giliran Kini Diwajibkan – Pada Pasar Malam, Bazar Aidilfitri Selangor

Pertambahan penularan kes di Selangor nyata mendorong tindakan kerajaan negeri untuk memperkemaskan saringan kesihatan orang awam.

Semua sedia maklum, 6 daerah di Selangor kini telah dikenakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Selangor Datuk Amiruddin Shari menperincikan meskipun pada 8 Mei kelak pelaksanaan Bazar Ramadan akan ditamatkan namun operasi pasar malam serta bazar Aidilfitri sehingga jam 10 malam masih dibenarkan.

Bagaimanapun, penguatkuasaan sistem nombor giliran wajar dilaksanakan untuk mengetahui kadar kemasukan dan kawalan ke atas bilangan orang awam berdasarkan kapasiti kawasan.

Setiap pengurusan operasi perlu melantik petugas pemantau untuk memastikan garis panduan yang ditetapkan dapat dilaksana sebaik mungkin.

Tindakan penegasan ini berikutan perolehan laporan berhubung kadar ketidakpatuhan yang rendah dalam kalangan orang awam.