Artikel

Selangor Tidak Membenarkan Operasi Bazar Ramadan Bermula 8 Mei 2021

Kerajaan Selangor hari ini telah mengumumkan yang mana operasi bazar Ramadan di negeri berkenaan tidak dibenarkan bermula 8 Mei 2021 kelak.

Keputusan ini telah diambil selepas meneliti beberapa perkara – termasuk mengambil kira yang mana sudah 25 hari bazar Ramadan beroperasi. Tempoh sehingga hari Sabtu diberikan dalam memudahkan pengusaha bazar Ramadan menguruskan stok sedia ada.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa bazar Ramadan di tutup disebabkan oleh risiko penularan Covid-19 yang tinggi.

Kerajaan Selangor turut mengumumkan mereka akan menyalurkan bantuan RM500 untuk setiap peniaga yang terjejas dengan arahan penutupan bazar Ramadan.