Seiring dengan matlamat negara dalam memperkasakan rakyat negara ke arah ekonomi digital Kerajaan kini tampil dengan inisiatif Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion, iaitu lanjutan insentif dari peruntukan asal Belanjawan 2021 sekitar RM1.5 bilion.
Ini adalah usaha negara dalam membuka ruang akses digital kepada B40 – tindakan ini secara tidak langsung merapatkan jurang digital antara masyarakat.
Inisiatif ini menawarkan bantuan pakej peranti pada 2 bahagian – di mana bagi B40 kategori memiliki anakĀ bawah 18 tahun akan menerima pakej peranti RM300 dan bantuan pelan data bulanan selama 12 bulan sekitar RM180.
Sementara itu, bagi kategori B40 yang tidak memiliki anak di bawah umur 18 tahun pula akan menerima pakej peranti RM180 dan pelan data bulanan selama 12 bulan sebanyak RM180.
Untuk makluman usaha peruntukan ini meliputi gandingan pentadbiran bersama 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia – menjadikan tambahan insentif merangkumi sekitar RM1.5 bilion:
- Celcom
- Digi
- MAxis
- Mcalls
- redONE
- speakOUT
- TuneTalk
- U Mobile
- unifi Mobile
- XOX Mobile
- YES
- Yoodo
Manakala, tambahan RM500 juta pada nilai keseluruhan pula dilakukan di bawah pakej bantuan PEMERKASA -ini mengambilkira tanggungan isi rumah B40.