Artikel

PKP: Pergerakan Rentas Negeri, Daerah Bagi Tujuan Pekerjaan Dan Kecemasan – Dibenarkan

Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam telah mengumumkan beberapa aturan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 6 buah daerah di Selangor.

Kenyataan itu ternyata menimbulkan kebimbangan orang awam berhubung perjalanan rentas daerah dan negeri yang tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut – MKN mengatakan pergerakan rentas daerah dan negeri masih boleh dilakukan kepada individu yang memiliki urusan kecemasan, tugas pekerjaan dan hal-hal tertentu sahaja.

Menjawab persoalan penerapan konsep Bekerja Dari Rumah (WFH) – Dato’ Sri Ismai Sabri menyatakan terdapat 2 bahagian iaitu sektor awam dan swasta.

Bahagian sektor awam akan dimaklumkan oleh pihak kerajaan, sementara swasta perlu menanti penjelasan dari MITI.