Pada sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) – Dato’ Sri Ismail Sabri memberi jaminan bahawa kelonggaran tidak akan diberi kepada mana-mana pihak kenamaan berhubung perjalanan rentas negeri.
Beliau percaya tindakan di bawah kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilakukan secara baik. Meskipun ramai pihak mempersoalkan tentang penetapan rentas negeri hanya dibenarkan ketika hari minggu sahaja – DS Ismail menjelaskan terdapat permintaan yang kurang wajar dari orang awam.
Setakat ini, hampir 40,000 permohonan rentas negeri dicatatkan oleh pihak berkuasa. Penelitian kebenaran tersebut perlu dilakukan sebaik mungkin oleh PDRM.
Semua pihak ketahui, kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan menerusi agenda tugasan pekerjaan, hal kematian, kecemasan serta kepada pasangan jarak jauh sahaja.