Artikel

Penganjuran Rumah Terbuka Ketika Aidilfitri – Tidak Dibenarkan

Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) sempena Aidilfitri kelak.

Antara tindakan yang perlu di ambil perhatian oleh semua pihak adalah penganjuran rumah terbuka kini tidak dibenarkan bagi mana-mana pelaksanaan perintah kawalan sama ada PKP, PKPB, PKPD mahupun PKPP.

Langkah tegas ini untuk memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat diatasi.

Bagaimanapun, aktiviti seperti takbir raya dan menunaikan solat sunat raya masih dibenarkan di Masjid dan Surau.

Dato’ Sri Ismail Sabri menegaskan ketetapan SOP ini adalah bergantung kepada tanggungjawab kerajaan negeri – ini kerana seperti yang semua ketahui hal ehwal agama adalah di bawah takluk pengurusan negeri masing-masing.