Artikel

Selangor Di Bawah PKP Sehingga 17 Mei – Kecuali 3 Daerah

Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 6 daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat serta Sepang.

Ia akan berkuat kuasa bermula 6 Mei sehingga 17 Mei 2021 ini.

Ini bermakna perjalanan rentas daerah dan negeri pada kawasan tersebut tidak dibenarkan.

Semantara itu Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam pula masih di bawah PKPB.

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) aturan ini dilakukan bersama penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala pembukaan sektor ekonomi dan bazar masih dibuka buat kawasan ini.