Artikel

Bayaran Fasa Kedua BPR – Akan Diterima Mulai 7 Mei 2021 Kelak, Secara Berperingkat

Bantuan Prihatin Rakyat 2021 bagi agihan fasa kedua akan mulai dilakukan pada 7 Mei sehingga 17 Mei kelak.

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) agihan fasa kedua itu akan dilaksanakan secara berperingkat. Difahamkan sekitar 3.6 juta isi rumah serta 1.0 juta warga emas (bujang tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang bakal menerima manfaat  berjumlah RM2.75 bilion.

Untuk makluman, agihan dana pada fasa kedua ini akan meliputi kadar pembayaran RM150 sehingga RM600. Ia tertakluk kepada kelayakan penerima.

Agihan secara berperingkat ini akan dilakukan pada 2 bahagian, iaitu bagi segmen pertama 7 Mei sehingga 12 Mei 2021 – dana akan terus disalurkan pada akaun bank:

  • Isi Rumah
  • Warga Emas
  • Bujang

Manakala, segmen kedua pula pada 17 Mei kelak, akan menerima dana secara fizikal pada cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

  • Penerima yang tidak memiliki akaun bank – ini termasuklah penerima di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, bagi permohonan rayuan BPR pula ia akan dibuka mulai 15 Jun sehingga 30 Jun 2021 kelak. Bagi individu yang sebelum ini gagal memperolehi kelulusan, boleh melakukan semula permohonan rayuan.