Artikel

HIDE: Mulai 7 Mei – Kerajaan Akan Menyiarkan Senarai Premis Yang Terlibat Dengan Penularan Kes COVID-19

Sistem amaran awal yang lebih bersepadu berhubung tempat penularan – Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE), menggunakan dataraya ini akan dilaksanakan, untuk mengenalpasti kebarangkalian ramalan berhubung penularan pandemik COVID-19.

Menurut Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin, analisis HIDE ini akan memberi gambaran dan tindakan awal kepada KKM berdasarkan tempat penularan pandemik.

Kerajaan kini bersetuju menyiarkan nama premis yang terlibat dalam penularan COVID-19 mulai 7 Mei kelak. Ini bermakna, senarai tersebut adalah kawasan yang berpotensi menjadi hotspot.

Antara saranan yang diperkatakan adalah setiap premis terlibat perlulah menjalankan ujian saringan, kawalan kemasukan orang awam dan memastikan penerapan SOP dilakukan.

Menerusi siaran premis terlibat – ia akan memberi pendedahan kepada orang awam untuk meningkatkan langkah penjagaan.

Permis perniagaan perlu mendaftar pada sistem MySejahtera pada penggunaan kod QR, termasuklah kawasan perumahan, bilik mesyuarat serta domitari tertentu untuk pengesanan penularan COVID-19 secara menyeluruh.

Mengulas lanjut Khairy memberi gambaran awal – antara premis yang dilihat berpotensi tersenarai bagi negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah premis pusat membeli-belah dan restoran makanan.

Pada masa yang sama, Khairy menegaskan meskipun terdapat kemungkinan kerugian yang harus ditanggung oleh premis – tetapi kepentingan kesihatan orang awam lebih diutamakan ketika ini.

Adanya usaha ini dapat memudahkan orang ramai untuk kekal berwaspada terdapat perjalanan mereka di sesuatu kawasan.