Artikel

Penuhi Tuntutan Zakat Menerusi Potongan Gaji Pekerja – Kini Digalakkan

Sudah menjadi tuntutan untuk individu beragama Islam menunaikan tanggungjawab pembayaran zakat mereka pada setiap tahun.

Bagi merancakkan galakan itu, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berpendapat majikan wajar mendorong pekerja Islam mereka mulai membayar zakat pendapatan menerusi potongan gaji.

Langkah ini bertujuan memudahkan proses pembayaran. Menurut Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee kadar yang dikenakan daripada pendapatan bulanan adalah 2.5%, lebih rendah.

Pihaknya kini menyasarkan jumlah kutipan zakat sebanyak RM800 juta – merangkumi RM120 juta pada zakat fitrah serta zakat harta ketika Ramadan.

Untuk makluman pembaca, ketika ini pelbagai kaedah pembayaran zakat ditawarkan dalam beberapa platform seperti atas talian, dompet digital, kaunter secara fizikal. Layari pautan PPZ-MAIWP untuk maklumat lanjut.