Artikel

Bekalan Daging, Produk Berasaskan Makanan Serta Ternakan Dari India – Tidak Disekat Malaysia

Berikutan sekatan penerbangan penumpang dari India telah dikuat kuasakan negara sejak 28 April lalu – namun tidak pada bekalan daging dan produk berasaskan makanan serta tekanan negara tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Norlizan Mohd Noor setakat ini – Malaysia tidak memutuskan sebarang sekatan untuk kemasukan produk ternakanan dan makanan dari India susulan pemantauan secara terperinci sentiasa dilakukan.

Secara santifiknya virus COVID-19 diperjelaskan tidak meresapi sel haiwan – berdasarkan pemantauan kesihatan tiada jangkitan berlaku pada produk dan bahagian bungkusan.

Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah melaksanakan ujian makmal terhadap 400 sampel produk dari India sejak berlakunya COVID-19. Sehingga kini, keputusan negatif telah diperolehi pada ujian tersebut.

Selain itu, pemeriksaan produk turut akan dilakukan bersama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).