Artikel

Ibadah Umrah, Haji – Arab Saudi Hanya Iktiraf Suntikan Vaksin Pfizer Dan AstraZeneca Sahaja

Semua pihak sedia maklum, kerajaan Arab Saudi kini telah menetapkan antara kriteria perjalanan jemaah haji pada tahun ini adalah memperolehi suntikan vaksin COVID-19.

Susulan itu, menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri – bagi jemaah Malaysia yang terpilih mengerjakan ibadah haji pada tahun ini akan diberikan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.

Ini kerana, hanya dua suntikan vaksin tersebut sahaja diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.

Tindakan penyelarasan itu telah dibawa bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Setakat ini, Datuk Zulkifli menjelaskan persediaan rangkuman SOP umrah dan haji di negara berada di peringkat akhir.

Maklumat lanjut berhubung keputusan menyeluruh akan dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kelak.