Artikel

Sekitar 52.7% Khususnya Usahawan Mikro, Kecil – Terjejas Sepanjang PKP 2.0

Sekitar 52.7% usahawan kini didapati terkesan teruk sepanjang pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Kadar itu meliputi jumlah besarnya dalam kalangan perusahaan mikro dan kecil (informal).

Melihat dapatan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan Pelan Usahawan Informal kini telah dibentuk selaku rangka tindakan untuk menangani krisis yang dihadapi pemain industri.

Pihak kerajaan mengambil serius berhubung situasi ketika ini, pelaksanaan inisiatif akan diselaraskan bagi membantu pertumbuhan ekonomi dan pemain PKS negara.

Untuk makluman, tahun 2020 PKS telah mencatatkan sumbangan pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitr 38.1% – 38.7%, ini lebih rendah berbanding tahun 2019 sekitar 38.9%.

Selain itu, aktiviti eksport PKS juga turut memaparkan penurunan prestasi kepada 13.4%.