Berikutan kebimbangan orang awam terhadap kemasukan varian COVID-19 dari India yang dikenali sebagai B.1.617.1 kini telah dikesan di Malaysia – Kementerian Pengangkutan memberi penjelasan bahawa negara hanya membenarkan penerbangan kargo sahaja buat masa ini.
Ini bermakna penerbangan penumpang dari India ke Malaysia tidak dibenarkan.
Menurut Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong – tindakan itu telah dilakukan selaras dengan arahan semasa penilaian risiko Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 28 April lalu.
Penjelasan ini sekaligus menjawab persoalan kepada penularan imej berhubung jadual penerbangan Malaysia Airlines baru-baru ini – kesemua jadual tersebut adalah membabitkan penerbangan kargo sahaja.