Artikel

Aplikasi Urus Niaga Kelapa Sawit Akan Diperkenalkan, Elak Aktiviti Penipuan – KPKK

Sebuah aplikasi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kini akan diperkenalkan bagi memudahkan urus niaga sawit.

Aplikasi ini akan berfungsi pada peringkat tanaman ladang, urusan niaga bersama pembeli berlesan dan di peringkat penggunaan kelapa sawit.

Menerusi penerapan aplikasi ini, KPKK bersama pihak pengusaha dapat mengesan sebarang penipuan berhubung urus niaga sawit yang dilaksanakan – ini termasuklah isu timbangan buah.

Mana-mana individu yang didapati bersalah, terlibat pada tindakan tersebut akan ditamatkan lesen syarikat pembeli mereka ataupun digantung.