Artikel

Saiz Pasaran GBS Di Malaysia – Dijangka Berkembang AS$1.5 Bilion Menjelang 2024

Syarikat Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) negara kini dilihat berada pada momentum yang baik, apabila dijangka meningkat kepada RM6.158 bilion (AS$1.5 bilion) menjelang 2024 kelak, berdasarkan data semasa.

Menurut Raymond Siva, Naib Bahagian Pelaburan dan Jenama serta Ketua Pegawai Pemasaran MDEC – pengukuhan kedudukan ini membolehkan negara terus meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing ke Malaysia (FDI).

Tidak hanya itu, penerapan digitalisasi negara juga cenderung menjadikan negara sebagai lokaliti pilihan GBS bagi penempatan Kecerdasan Buatan (AI), Data Keselamatan Siber dan Automasi Robotik (RPA).

Untuk makluman, MSC kini telah menyatakan sekitar 579 entiti GBS negara sedang bergiat aktif – dengan 57% terdiri daripada diklasifikasikan FDI.

Lebih menarik sekitar 20% sumbangan GBS pada MSC telah menyokong peningkatan prestasi pelaburan negara – ini merangkumi jumlah pembangunan peluang pekerjaan.