Artikel

Slot Suntikan Vaksin AstraZeneca Kini Telah Ditempah Sepenuhnya Orang Awam – Khairy Jamaluddin

Pembukaan slot untuk penerimaan suntikan vaksin AstraZeneca bagi orang awam di Kuala Lumpur dan Selangor kini telah ditempah sepenuhnya. Status tersebut telah dikongsikan oleh Menteri Penyelara Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan – Khairy Jamaluddin pada hari ini (2 Mei) di ruangan ciapan Twitter rasminya.

Untuk makluman slot tempahan tersebut telahpun dibuka sejak jam 12.00 tengah hari lagi. Seperti yang umum ketahui pihak kesihatan telah mengasingkan pengagihan suntikan dos vaksin itu pada pusat vaksinasi berasingan. Ia terdiri daripada:

  • World Trade Centre Kuala Lumpur
  • Ideal Convention Centre Shah Alam
  • Dewan 1, Bangunan Peperiksaan Universiti Malaysia
  • Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia

Meskipun slot demikian telah penuh, orang awam masih boleh berdaftar dan disenaraikan pada status menunggu. Berdasarkan laporan, sekitar 268,600 dos vaksin AstraZeneca telah diperuntukkan pada sistem tempahan ini. Khairy turut menjelaskan penerimaan bekalan baharu akan tiba tidak lama lagi di bawah kerjasama COVAX. Sebarang makluman lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.