Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin kini mengesahkan tempahan berhubung vaksin AstraZeneca kini akan dibuka mulai esok (2 Mei).
Seperti yang umum ketahui – sebelum ini pihaknya telah menyatakan sistem tempahan secara sukarela berhubung suntikan vaksin AstraZeneca akan dibuka kepada orang awam.
Sekitar 268,600 dos vaksin akan diagihakan pada pusat vaksinasi secara berasingan.
Berdasarkan perkongsian di ciapan Twitter – Khairy menyatakan tempahan tersebut akan dibuka pada 12 jam tengah hari, 2 Mei. Orang awam hanya perlu memilih pusat vaksinasi dan tarikh suntikan vaksin.
Bagi mengetahui maklumat lanjut orang awam boleh layari pautan ini www.vaksincovid.gov.my/.
You don’t need to re-register. Tomorrow at 1200hrs you will see this. Click on ‘mohon sekarang’ and follow the instructions. https://t.co/LW3fgzUYBh pic.twitter.com/gGUvmW8fgJ
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 1, 2021