Artikel

Kesan Pandemik Berterusan, Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia Sukar Untuk Pulih – Fitch Solutions

Berikutan momentum sekatan negara masih lagi berterusan kerana penularan kes COVID-19 yang tidak menurun – Fitch Solutions menjangkakan perbelanjaan isi rumah negara sukar untuk pulih pada tahun ini.

Semakan semula telah dilakukan – di mana unjuran perkembangan pemulihan perbelanjaan pada tahun ini adalah 3% sahaja bagi tahun ke tahun.

Secara menyeluruh, perbelanjaan isi rumah pada tahun ini dijangka cecah RM910.8 bilion (AS$222 bilion) lebih rendah berbanding AS$225.3 bilion pada tahun 2019.

Fitch Solutions juga telah menyemak kembali unjuran bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada Februari lalu kepada 4.9% berbanding jangkaan 10% pada pelaksanaan PKP 2.0.

Selain itu, sektor peruncitan negara dan kadar pengangguran negara juga dilihat sedang berdepan dengan krisis kawalan sekatan – yang mempengaruhi tenaga operasi serta keuntungan perniagaan.

Tidak hanya itu pelaksanaan agihan bekalan vaksin juga diperhatikan lebih perlahan berbanding negara lain. Malaysia dianggarkan mampu menyuntik 4 dos vaksin bagi setiap 100 penduduk. Angka ini perlahan berbanding negara jiran Indonesia sekitar 6.8 dos untuk setiap 100 penduduk.

Berkenaan perbelanjaan isi rumah, untuk meningkatkan sentimen tersebut – kelonggaran sekatan dilihat mampu merangsang kembali pertumbuhan aliran tunai tersebut. Namun tindakan itu dilihat sukar dilakukan negara buat masa ini.