Seperti yang umum semua sedia maklum, seharusnya pada 1 Januari lalu – kadar tol pada tahun ini akan alami kenaikan. Namun, kerajaan kini telah mencapai kata sepakat untuk menangguhkan kenaikan kadar tol tersebut.
Tempoh itu berkuat kuasa pada 1 Januari sehingga 31 Disember kelak. Berdasarkan laporan, penangguhan tersebut meliputi 3 lebuh raya iaitu KESAS – Lebuh Raya Shah Alam, SKVE – Lebuh Raya Lembah Klang Selatan dan LPT2 – Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2.
Selain itu, lanjutan penangguhan kadar tol ini juga diteruskan pada 21 lebuh raya dan 1 plaza tol (semua kelas kenderaan) adalah Lebuhraya utara-Selatan (PLUS), Leburaya Duta – Ulu Kelang (DUKE), Lebhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX). Manakala 1 lebuh raya dan 2 plaza tol (ditangguhkan kenderaan kelas 1 dan 5 sahaja), 1 lebuh raya dan 3 plaza tol (ditangguhkan kenderaan kelas 5 sahaja) dan 1 lebuh raya (ditangguhkan kenderaan kelas 2, 3, 4, dan 5).
Menurut Menteri Kanan (Kerja Raya) Datuk Seri Fadillah Yusof – tindakan penangguhan tersebut merangkumi pertimbangan berhubung peningkatan kos sara hidup rakyat negara.
Pentadbiran mengambil jelas isu krisis kewangan yang dihadapi oleh orang awam berkutan COVID-19 ini. Susulan penangguhan ini, anggaran pampasan yang perlu ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM2.25 bilion dan penstrukturan semula kadar tol masih lagi sedang diteruskan.
Ia hanya dimuktamadkan sebelum tahun 2023.