Penggunaan peranti pintar secara meluas kini telah meningkatkan pelbagai pihak pada penyertaan dunia permainan video – tindakan itu secara jelas telah membawa keuntungan pada industri tersebut.
Kini berdasarkan tinjauan Accenture – Gamming: The Next Super Platform pada kumpulan data 4,000 responden pemain dari 4 pasaran China, Jepun, AS dan UK – industri permainan video kini dianggarkan mencapai paras RM1.23 bilion (AS$300 bilion) pada peringkat global.
Ini jauh lebih tinggi berbanding nilai anggaran sebelum ini. Menerusi anggaran tersebut peluang penerapan perniagaan pada industri dijangkakan semakin tinggi.
Apa yang lebih menarik, peningkatan penyertaan 2.7 bilion individu pada industri tahun ini telah dicatatkan rentetan kehadiran pandemik COVID-19.
Tidak hanya itu, sekitar 405 juta jumlah langganan telah didapati pada paltform YouTube pada 10 pempengaruh (influencer) permainan video.
Menurut Pengarah Urusan Accenture Seth Schuler, antara faktor yang turut melonjakkan perniagaan permainan adalah perubahan demografik, perkembangan ekosistem permainan video melibatkan pembangun, kandungan, pelabur dan kemunculan platform permainan baharu dilihat turut merancakkan industri tersebut.
Malah berdasarkan dapatan, industri turut menjangkakan peningkatan pemain baharu akan terus meningkat menjelang 2023 dengan anggaran lebih 400 juta penyertaan baharu.
Sementara itu, 14 pasaran lain pula seperti Korea Selatan, Jerman, Perancis, Kanada, Itali, dan Sepanyol, menghasilkan lebih dari AS$1 bilion pendapatan yang berkaitan dengan pengguna. Manakala negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Latin lebih memaparkan populariti pada paparan permainan mudah alih.