Artikel

Maybank Menyasarkan Kutipan Zakat Sebanyak RM30 Juta Melalui MAE Dan Maybank2U

Maybank kini mengumumkan, mereka menyasarkan untuk mencapai kira-kira 200,000 transaksi berkaitan zakat secara atas-talian melalui aplikasi MAE dan laman sesawang Maybank2U pada bulan Ramadan ini.

Ini sekaligus akan membawa kepada transaksi bernilai RM30 juta, dan memperlihatkan kenaikkan sebanyak 30% berbanding tahun lepas.

Untuk pengguna Maybank2U atau MAE, anda boleh melakukan pembayaran zakat kepada semua pusat zakat negeri di Malaysia dengan mudah, tanpa perlu meninggalkan rumah. Hal ini juga selari dengan langkah mengurangkan pergerakkan dan sentuhan pada era Covid-19 kini.

Disamping bayaran zakat, Maybank juga turut menawarkan ciri eDuit Raya melalui aplikasi MAE untuk memudahkan pengguna memberi duit raya kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pada tahun lepas, eDuit Raya telah ditawarkan buat pertama kall, dan untuk tahun 2021 ini, Maybank menyasarkan 1.5 juta ransaksi eDuit Raya, berjumlah RM115 juta.