Semua sedia maklum, 10 jajahan negeri Kelantan kini dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes harian yang semakin melonjak tinggi.
Maka di bawah penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang bermula pada hari ini (29 April) memperlihatkan aktiviti serta protokol yang telah di gariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung larangan tindakan.
Tiga tindakan larangan tertentu telah digariskan Ordinan Darurat – Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 adalah acara sosial, industri kreatif serta kegiatan riadah.
Berhubung acara sosial – kesemua majlis yang berkaitan dengan penglibatan individu kini Tidak Dibenarkan – ini termasuklah majlis pernikahan serta pertunangan, apatah lagi sambutan sosial lain.
Manakala indsutri kreatif telah dihadkan jumlah kru yang terlibat dan dilarang penglibatan penonton pada kemasukan studio. Selain itu, institut memandu pula masih dibenarkan tapi perlu mengikuti SOP yang ketat di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia dan aktiviti riadah seperti memancing masih dibenarkan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia.
Hanya aktiviti menjalankan tugasan rasmi, operasi ekonomi, rawatan kesihatan dan membeli keperluan sahaja dibenarkan. Sebarang tindakan lanjut perlu memperolehi kebenaran PDRM.
Pelaksanaan PKP di negeri Kelantan itu akan berterusan sehingga 17 Mei kelak, namun bagi penetapan SOP pula sebarang perubahan bergantung kepada arahan semasa pihak berkuasa.
Orang awam ketika ini di minta untuk sentiasa mengamalkan pematuhan kesihatan, memakai pelitup muka, jaga jarak fizikal dan kebersihan diri bagi memutuskan rantaian COVID-19 negara.