Artikel

Harga Minyak Petrol Masih Kekal – RON95 Di Paras Siling, Sementara RON97 Pula RM2.58 Seliter

Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara esok, ia kekal pada paras yang sama.

Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 29 April 2021 hingga 5 Mei 2021.

RON97 kekal dengan catatan RM2.58 sen seliter, begitu juga RON95  kekal di paras harga yang sama iaitu RM2.05 sen seliter – ini disebabkan penetapan harga siling.

Diesel turut kekal pada paras harga RM2.15 sen seliter.

Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.