Artikel

Sebuah Sistem Tempahan Akan Dibuka Kepada Orang Awam Untuk Terima Suntikan Vaksin AstraZeneca – KJ

Pada sidang khas situasi semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini (28 April) – Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin kini memaklumkan sebuah sistem tempahan secara sukarela berhubung suntikan vaksin AstraZeneca akan dibuka kelak.

Pembukaan ini dilaporkan merangkumi negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Khairy memaklumkan suntikan vaksin AstraZeneca sekitar 268,600 dos tidak akan digunapakai seperti biasa pada program PICK, pihak kesihatan akan membuka PPV khas berasingan dan ia akan dibuka kepada orang ramai secara sukarela untuk penerimaan suntikan tersebut.

Langkah ini juga bagi memastikan individu yang menerima suntikan tersebut adalah atas dasar keyakinan diri serta kefahaman berhubung penggunaan AstraZeneca.

Pihak terlibat perlu tampil pada pusat khas tersebut untuk berdaftar dan menerima suntikan. Ia terbuka kepada orang awam yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Tindakan pembukaan ini juga dapat memastikan proses vaksinasi negara dapat terus dilaksanakan.