Artikel

Prestasi Kewangan Nestle Disasar Kukuh, Keuntungan Bersih Dijangka Melonjak 20.7%

Prestasi kewangan Nestle – syarikat pengeluar makanan dan minuman itu kini disasarkan alami pengukuhan. Dengan jangkaan peningkatan keuntungan bersih pada kitaran 20.7%.

Sasaran itu menurut pengamatan firma penyelidikan CGS-CIMB – ia disandarkan berikutan pengukuhan produk pada pasaran global, penawaran kos lebih rendah ketika pandemik telah meningkatkan permintaan pada segmen jualan hotel, restoran dan kafe.

CGS-CIMB juga masih mengekalkan anggaran perolehan sesaham (EPS) dan harga sasaran sesaham (TP) pada RM136.70. Untuk makluman, bagi prestasi suku pertama – Nestle telah memaparkan keuntungan selepas cukai pada paras RM175.2 juta tahun ini.

Ia secara langsung meningkatkan pendapatan suku tahunan kepada RM1.45 bilion. Catatan ini telah disumbang hasil jualan tinggi bahagian makanan dan minuman.

Bagaimanapun nilai EBITDA – Margin sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan pula telah merosot 1.8% berikutan kos tanggungan operasi tinggi serta pembabitan segmen kilang baharu iaitu Penyelesaian Hidangan Berasaskan Tumbuhan (PBMS).

Walaupun begitu, permintaan Nestle dijangka terus memperolehi peningkatan pada pasaran global.