Artikel

Lebih 600,000 Permohonan Pekerjaan Kini Dicatatkan Portal MyFutureJobs

Dalam usaha pentadbiran mempergiatkan penawaran peluang pekerjaan baharu, penglibatan majikan sektor swasta dan PKS juga kini turut diperkasakan untuk membantu langkah tersebut.

Tindakan itu didorong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) – mengajak pihak majikan untuk turut serta pada platform pekerjaan MyFutureJobs. Langkah ini berupaya memenuhi keperluan tenaga kerja pada industri tertentu.

Ini kerana berdasarkan kenyataan MyFutureJobs, sehingga kini lebih 600,000 permohonan pekerjaan telah diterima pihaknya.

Untuk makluman pada peringkat awal, portal terbabit menawarkan lebih 150,000 kekosongan jawatan aktif untuk dipohon. Menerusi penglibatan lebih ramai majikan, ia akan memperkasakan lagi pembangunan pekerjaan negara.