Artikel

RW Genting Sasar Pengambilan Lebih 1,500 Pekerja Baharu – Selari Pembukaan Taman Tema Genting SkyWorlds

Tidak lama lagi Malaysia bakal menyaksikan pembukaan destinasi percutian Taman Tema Genting SkyWorlds – sebuah taman tema yang mengabungkan jenama serta hak intelek 20th Century Fox.

Ia dijangka akan dibuka pada suku kedua tahun ini, 2021.

Genting SkyWorlds

Menerusi pembukaan tersebut, Resort World Genting menyasarkan penerapan lebih 1,500 peluang pekerjaan baharu kepada orang awam serta individu serata dunia.

Kempen pengambilan pekerja ini meliputi tenaga sokongan, pemuzik, penghibur dan bahagian pengurusan pengendalian operasi taman tema.

Untuk makluman, taman tema ini telah membelanjakan lebih AS$800 juta. Ia memiliki ketinggian 6.000 kaki di atas permukaan laut dengan keluasan lebih daripada 10.5 hektar. Tidak hanya itu ia dilaporkan menyediakan 26 jenis permainan dan tarikan.

Langkah pembukaan taman tema ini diperlihatkan mampu merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara, khususnya dalam pelancongan dan meningkatkan aliran perbelanjaan.