Malaysia hari ini (27 April) mencatatkan jumlah kes harian positif COVID-19 pada paras 2,733 kes. Ini secara tidak langsung menjadikan angka keseluruhan kes negara ketika ini mencecah 398,451 kes.
Berdasarkan perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham – negeri Selangor mencatatkan angka tertinggi hari ini dengan 750 kes, diikuti Kelantan 484 kes dan Sarawak dengan 432 kes.
Selangor tidak hanya mendahului angka kes harian tertinggi, bahkan untuk angka kumulatif keseluruhan kes bagi peringkat negeri – mencatatkan 129,523 kes COVID-19.
Angka catatan pada hari ini secara tidak langsung menandakan Malaysia menghampiri angka keseluruhan kes sebanyak 400,000.
Setakat semalam (26 April) Malaysia menduduki tangga ke 43 di peringkat global berhubung kes keseluruhan. Bagi carta atas, Amerika Syarikat menduduki tempat pertama, diikuti India dan Brazil.