Artikel

Bursa Malaysia Catat Peningkatan Keuntungan Bersih – Sekitar RM121.4 Juta

Bursa Malaysia Berhad hari ini (27 April) mengumumkan catatan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) pada jumlah RM121.4 juta untuk suku pertama 2021 yang berakhir pad 31 Mac lalu.

Jumlah itu secara jelas memaparkan peningkatan 87.5% pada pendapatan operasi dengan kenaikan 56.7% kepada RM228.0 juta berbanding tempoh yang sama tahu lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bursa, Datuk Muhamad Umar Swift – pelabur runcit domestik jelas memainkan peranan penting pada pasaran dagangan. Malah kenaikan ini juga turut disokong berdasarkan persekitaran ekonomi yang menetapkan kadar faedah rendah.

Bursa pada kenyataannya turut memperincikan halatuju perdagangan pada suku tahun ini lebih tinggi dengan 31 mata kepada 70% berbanding suku tahun lalu sekadar 39%.

Pada masa yang sama untuk pasaran islam, Bursa menyatakan akan terus memberi tumpuan pada perdagangan islam dengan memperomosikan saham patuh Syariah dan memperkenalkan perkhidmatan islam seperti Wakaf ETF.

Meskipun negara memaparkan tanda pemulihan namun langkah waspada akan terus di ambil pada papan pelaburan. Pelbagai inisiatif kewangan akan disalurkan bagi menyokong ekosistem kewangan Malaysia.