Artikel

Risda-Felcra Agih RM189.08 Juta Dividen

Pengagihan dividen bernilai RM189.08 juta kini akan dilakukan menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), dan Felcra Bhd.

Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini (27 April). Berdasarkan agihan itu, seramai 31,245 pekebun kecil akan menerima dividen tersebut. Ini meliputi 16,080 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman getah dan sawit di bawah RTBB dan 15,165 pekebun kecil TSK.

Jumlah tersebut merangkumi RM82.03 juta dividen 2020 daripada Risda, sementara RM107.05 juta pula adalah bayaran agihan akhir lebihan keuntungan projek pada tahun 2020.

Selain itu, Risda turut dilaporkan agih keuntungan zakat korporat kepada lebih 4,000 asnaf pekebun kecil dan institusi keagamaan terpilih dengan nilai zakat RM2.48 juta.