Artikel

LTAT Perkenalkan Aplikasi MyWIRA – Tawar Akses Digital Kepada Pencarum

Pembangunan aplikasi kini antara alternatif mudah kepada semua perkhidmatan. Penyediaan aplikasi dalam segmen tertentu dilihat dapat membantu individu mengakses sesuatu plafrom dengan lebih pantas. Bergerak ke arah itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini melancarkan aplikasi MyWIRA – memberi akses mudah kepada pencarum angkatan tentera pada akaun mereka.

Melalui penerapan aplikasi ini, semua pencarum dapat mengakses secara terus untuk sebarang maklumat tanpa perlu tampil pada mana-mana kaunter fizikal LTAT mahupun penggunan e-kiosk.

Menurut Ketua LTAT Jeneral (Rtd) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin aplikasi itu adalah alternatif kepada platform dana yang ada iaitu portal e-Kiosk dan i-Wira dan ia lebih mesra pengguna serta bersifat holistik.

Menerusi ciri ini, ia membolehkan para pencarum menyemak transaksi semasa dan akses kepada penyata unit amanah mereka. Tidak hanya itu, pencarum juga boleh meneliti kadar dividen edaran mereka pada aplikasi tersebut.

MyWIRA juga berfungsi sebagai saluran untuk Mindef, LTAT dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyebarkan pengumuman terkini kepada para pencarum.

Setakat ini, pihaknya menjangkakan 80% pendaftaran akan dicatatkan pada aplikasi tersebut menjelang akhir April 2022.