Artikel

Status PKP Sempena Aidilfitri Akan Dimaklumkan Hari Ini

Seperti yang semua ketahui, terdapat 5 negeri dan satu Wilayah Persekutuan ketika ini yang masih kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 2 minggu iaitu sehingga 28 April.

Antara yang terlibat adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Sarawak. Sementara itu, 10 negeri lagi masih di bawah PKPP – Pemulihan.

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) – semua pihak diminta bersabar, makluman berhubung status tersebut akan dimaklumkan pada hari ini (27 April).

Setakat ini, negara telah menghentikan penerbangan dari India, berikutan penularan  varian yang semakin meruncing pada negara tersebut. Negara pada 26 April telah mencatatkan kes harian COVID-19 sebanyak 2,776 kes positif.

Manakala nilai kebolehjangkitan (Rt) negara pula berada di paras 1.13 untuk keseluruhan negara – negeri Kelantan masih memaparkan kadar Rt tertinggi dengan 1.32, diikuti Johor 1.22 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur paras 1.20.