Artikel

Elak Risiko Jangkitan, Persekolahan Akan Laksana Sesi PdPR Setelah Aidilfitri – Datuk Radzi Jidin

Memahami kebimbangan semua pihak berhubung kluster pendidikan Malaysia ketika ini – Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin kini mengumumkan sesi persekolahan setelah cuti Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pelaksanaan itu akan dilakukan selama 2 minggu bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan kakitangan sekolah.

Sesi tersebut merangkumi dua kumpulan negeri iaitu kumpulan A akan memula PdPR pada 16 Mei sehingga 27 Mei, negeri yang terlibat:

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu

Sementara sesi PdPR kumpulan B akan bermula pada 17 Mei sehingga 28 Mei, negeri terlibat:

  • WP Kuala Lumpur
  • WP Putrajaya
  • WP Labuan
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Melaka
  • Perlis
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak

Tindakan Kementerian Pendidikan negara ini bertujuan untuk mengekang penularan lebih besar berlaku, khususnya melibatkan pelajar asrama. Menerusi penetapan PdPR ia dilihat dapat membantu menurunkan jangkaan penularan dalam kalangan kluster pendidikan.