Artikel

Sekitar RM5 Bilion Dana KWAN Disalurkan – Bagi Pemerolehan Vaksin Serta Program Imunisasi

Sehingga 31 Disember 2020, baki terkumpul pada dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) adalah berjumlah RM19.5 bilion. Kenyataan itu telah dimaklumkan Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MOF) hari ini (26 April).

Untuk makluman, dana tersebut boleh diterapkan pada perbelanjaan pembangunan setelah 10 tahun iaitu dari tarikh penubuhannya, 1988.

Setakat ini, pihak pentadbiran negara hanya memperuntukkan sekitar RM5 bilion dana KWAN pada pemerolehan vaksin negara pasa pindaan akta KWAN dibawah Ordinan Darurat. Di mana RM3 bilion untuk pembelian vaksin dan RM2 bilion untuk pelaksanaan program imunisasi negara.

Pada masa yang sama, Tengku Zafrul turut menjelaskan kedudukan hutang legasi negara dengan menyatakan kerajaan masih memiliki hutang RM1 trilion untuk dilangsaikan.